Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaan AS Perlu Salur Lagi ~RM13 Bilion Untuk Ganti Semua Peralatan Huawei Dan ZTE

Posted on Julai 18, 2022Julai 19, 2022

Badan kawal selia telekomuniasi Amerika Syarikat iaitu Federal Communications Commission (FCC) memberitahu kerajaan bahawa mereka memerlukan dana tambahan sekitar RM13 bilion ($3 bilion) lagi untuk menggantikan semua peralatan Huawei dan ZTE.

Pada 2020, Donald Trump meluluskan akta yang mewajibkan semua syarikat telekomunikasi AS membuang semua “peralatan daripada syarikat asing yang disyaki” daripada rangkaian mereka. Ini termasuklah 2 jenama dari China tersebut.

Dalam undang-undang itu juga, ia menuntut FCC untuk menyalurkan dana pada syarikat-syarikat terkesan agar kos penggantian peralatan baharu dapat ditampung kerajaan.

Pada waktu itu, kerajaan AS telah merancang memperuntukkan $1.9 bilion yang nilainya hari ini RM8.5 bilion.

Tetapi pada awal tahun 2022, melalui sebanyak 181 permohonan yang diserahkan pada FCC, jumlah keseluruhan yang perlu diberi kerajaan pada syarikat meningkat ke $4.9 bilion (~RM21 bilion).

Ini bermakna FCC memerlukan lagi $3 bilion (~RM13 bilion).

Bagaimanapun, syarikat tidak wajib menyelesaikan usaha gantian peralatan selagi mereka tidak menerima dana daripada FCC.

Sumber: Reuters, Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress