Para saintis antarabangsa telah berkumpul di Perancis pada Jumaat lepas dan telah sepakat untuk memperkenalkan 2 ukuran baharu kepada dunia – ronna (notasi saintifik – 1027) dan quetta (notasi saintifik – 1030).
Untuk pengetahuan pembaca, pengenalan unit ukuran ronna dan quetta ini adalah yang pertama sekali dibuat dalam tempoh 30 tahun.
Hal ini kerana, Unit Sistem Antarabangsa (SI), sebuah sistem metrik standard global memerlukan unit pengukuran yang lebih besar lagi.
Oleh itu, pengenalan ronna dan quetta ini dapat memenuhi permintaan dunia yang memerlukan sebuah unit pengukuran bagi jumlah nombor yang lebih besar.
{suggest}
Berapa Besar Unit Ukuran Ronna Dan Quetta
Melalui unit pengukuran baharu ini, para saintis menganggarkan jisim Bumi adalah sekitar 6 ronnagram. 6 ronnagram bermaksud terdapat 27 sifar dibelakang angka 6 itu (6,000,000,000,000,000,000,000,000,000)
Manakala, Planet Musytari dianggarkan mempunyai jisim lebih kurang 2 quettagram. 2 quettagram pula membawa maksud terdapat 30 sifar selepas angka 2 itu (2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000)
Menurut Ketua Metrologi di Makmal Fizikal Kebangsaan UK, Richard Brown berkata ukuran baharu ronna dan quetta ini mampu bertahan dengan keperluan data dunia untuk 20 ke 30 akan datang.
Sumber: Science Alert, NPL