Apple hari ini melepaskan kemas kini iOS 14.2.1, yang hadir selepas dua minggu iOS 14.2 dilepaskan dan tersedia bagi semua model iPhone 12.
Termasuk unit yang kami terima, iPhone 12 mini sebelum ini mempunyai masalah Lock Screen yang tidak berfungsi. Menerusi kemas kini iOS 14.2.1, Apple telah membaikpulih Lock Screen pada iPhone 12 mini.
Selain itu, kemaskini ini juga menawarkan baik pulih pepijat yang lain dan ini adalah senarai penuh dalam kemaskini iOS 14.2.1:
- Some MMS messages may not be received
- Made for iPhone hearing devices could have sound quality issues when listening to audio from iPhone
- Lock Screen could become unresponsive on iPhone 12 mini
Untuk muat turun iOS 14.2.1, ianya boleh dilakukan melalui aplikasi Settings > General > Software Update > Download and Install.