Syarikat Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengemaskini sistem perisian bagi konsol PlayStation 5 mereka yang membuatkan dua pihak yang berlainan iaitu pemain konsol dan pemain MNK (Mouse and Keyboard) memiliki dua emosi yang berbeza sesama sendiri.
Hal ini kerana kemas kini itu berkait dengan penyahgunaan alat perkakas, Cronus Zen yang merupakan peranti sokongan bagi pengubahsuaian sistem pengawal para pemain permainan jenis FPS untuk prestasi permainan yang lebih baik.
Antara sokongan yang ditawarkan oleh peranti ini adalah seperti aim-assists dan anti-recoil.
Peranti ini juga boleh digunakan oleh PS3, PS4, Nintendo Switch dan Windows PC.
Namun begitu, ia telah disekat penggunaannya pada PlayStation 5 dalam kemas kininya yang terkini, iaitu versi 24.01-08.60.00 pada 24 Januari 2024 yang lepas.
Dalam kenyataan yang dikongsikan oleh pihak Cronus dalam laman web rasmi mereka, pembaharuan ini adalah satu perkara yang tidak kekal dan ia akan boleh digunakan semula pada kemaskini Cronus Zen versi 2.2.2.
Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini, anda boleh layari laman web rasmi Cronus dan PlayStation.
{suggest}
Sumber: Verge