Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kelajuan Rangkaian 5G Didapati Lebih Perlahan Berbanding Tahun 2020 Lalu – Speedtest

Posted on Februari 17, 2022

Laman analisis kelajuan rangkaian internet dunia, Speedtest dalam laporannya mendedahkan, kelajuan rangkaian 5G dunia telah menurun pada suku ke-3 2021.

Menurut Speedtest, kelajuan purata rangkaian 5G dunia pada suku ke-3 2021 untuk muat turun hanyalah selaju 166.13 Mbps sahaja.

Ia adalah 13% lebih perlahan berbanding suku yang sama bagi tahun 2020 dahulu di mana kelajuan muat turun rangkaian 5G pada waktu itu mencatatkan kelajuan sehingga 206.22 Mbps.

Kelajuan purata muat naik rangkaian 5G juga turut menunjukkan penurunan di mana ia hanya selaju 21.08 Mbps sahaja pada suku ketiga 2021 lalu..

Kelajuan muat naik menjadi perlahan sehingga 39% berbanding suku yang sama bagi tahun 2020 di mana ia mencatatkan kelajuan purata muat naik sehingga 29.52%.

Menurut Speedtest, setakat suku ke-3 2021, negara Korea Selatan miliki kelajuan rangkaian 5G terpantas iaitu selaju 492.48 Mbps.

Sekaligus merampas takhta daripada negara Norway di mana pada tahun 2020 lalu negara itu mencatatkan kelajuan 5G terpantas selaju 549.02 Mbps.

Berikut adalah 10 negara yang memiliki kelajuan muat turun rangkaian 5G terpantas setakat suku ketiga 2021 menurut Speedtest:-

Sumber: Speedtest

Baca juga:

  • Malaysia Antara 58 Negara Yang Telah Mula Menggunakan Teknologi Rangkaian 5G
  • Syarikat Penerbangan Batalkan Penerbangan Ke AS Sebab 5G
  • 5G: Maxis Kata Mereka Masih Berunding Dengan Kerajaan Tapi Sudah Bersedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress