Baru-baru ini, cip pemprosesan terbaru daripada syarikat Intel, Intel Core i9-14900KS dilaporkan mampu mencapai kelajuan CPU sehingga 6.2 GHz.
Bukan itu sahaja, ia juga telah direkod dalam pangakalan data penanda aras OCCT yang mana mengukuhkan lagi kewujudannya.
Cip pemprosesan ini juga merupakan cip Raptor Lake Refresh dengan lapan teras Raptor Cove, 16 teras Gracemont dan 68MB cache. Perbezaannya dengan model Intel Core i9-14900K adalah dari sudut frekuensi dan penggunaan kuasa.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Benchleaks di laman sosial X, cip ini telah mencatat bacaan frekuensi 6.2 GHz untuk teras tunggal dan dwi-teras. Secara lalai, penggunaan kuasanya dikatakan masih kekal, iaitu 150W TDP.
Namun, dalam ujian penanda aras dilakukan, ia boleh mencapai penggunaan kuasa maksimum sehingga sekitar 410W.
i9-14900KShttps://t.co/6BuMmqbvmY pic.twitter.com/HentGuDkNC
— Benchleaks (@BenchLeaks) February 13, 2024
Jika rekod bacaan yang didedahkan ini adalah tepat, cip pemprosesan itu memerlukan sistem penyejukan yang baik untuk menstabilkan penggunaan serta prestasinya.
{suggest}
Sumber: Tom’s Hardware
Foto utama: wccftech