Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

10 Kategori Aduan Jalan Raya Yang Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MYJalan

Posted on September 5, 2023September 5, 2023

Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini memaklumkan telah menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan pada 24 Ogos lepas.

{suggest}

Untuk makluman, aplikasi MYJalan merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh KKR bagi memudahkan pengguna membuat aduan berkaitan jalan raya, termasuk isu terkait dengan perabot jalan raya.

KKR juga menjelaskan pihaknya tidak akan menolak sebarang aduan berkaitan kerosakan jalan raya di seluruh negara, termasuk jalan raya di bawah seliaan kerajaan negeri dan sebagainya. Dalam erti kata lain, ia berfungsi sebagai one stop centreĀ bagi saluran aduan berkaitan jalan raya.

Aplikasi MYJalan KKR menerima aduan bagi 10 kategori berikut:

  • Jalan rosak
  • Jalan berlubang
  • Lampu isyarat
  • Lampu jalan
  • Papan tanda
  • Kemudahan awam
  • Perabot jalan
  • Tanah runtuh
  • Garisan jalan
  • Halangan

Muat turun aplikasi MYJalan boleh dilakukan melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.

Sementara itu, bagi aduan selain daripada kategori di atas boleh disalurkan ke SISPAA KKR.

Sumber: KKR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress