Fujifilm Malaysia kini telah melancarkan sebuah produk terbaru dalam siri kamera analog instax mereka, iaitu instax mini 99. Model ini juga merupakan versi yang dipertingkatkan daripada model instax mini 90.
Selain daripada lapisan reka bentuk badan kameranya yang menggunakan tekstur matte seperti kulit, Kensuke Aragane selaku Pengarah Urusan Fujifilm memperkenalkan filem format mini, ‘Photo Slide‘.
Tambahan lagi, kamera ini juga diterapkan bersamanya ciri-ciri daripada teknologi analog seperti Color Effect Control yang memainkan warna daripada empat lampu LED bagi menampilkan enam variasi gambar melalui tetapan Color Effect Dial.
Terdapat juga tetapan mod Vignette di mana pembukaan lensa kamera akan dikurangkan bagi mengurangkan cahaya hasil gambar di ruangan tepi bucu.
Model instax mini 99 ini telah pun tersedia sejak 4 April 2024 yang lalu dan dijual pada harga RM928 serta 10 keping filem format mini ‘Photo Slide’ instax pada RM39.
Beli instax mini 99 di:
Shopee – https://invl.io/cll1boy
Lazada – https://invol.co/cll1boz
{suggest}
Sumber: Siaran Media Fujifilm