Selaras pengumuman kerajaan, Astro kini memaklumkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 6% kepada 8%, berkuat kuasa 1 Mac 2024.
{suggest}
Menurut Astro, pelarasan kadar SST sebanyak 8% hanya melibatkan perkhidmatan TV berbayar Astro. Sementara itu, cukai perkhidmatan untuk langganan Astro Fibre yang tergolong dalam kategori perkhidmatan telekomunikasi akan kekal pada kadar 6%.
Sebarang langganan, pembelian, naik taraf atau sambungan semula perkhidmatan TV Astro yang dilakukan mulai 1 Mac 2024 juga akan tertakluk kepada kadar SST 8%.
Bagi langganan pek bundle Astro Fibre, SST sebanyak 6% dan 8% masing-masing akan dikenakan untuk langganan Astro Fibre dan Astro Pek.
Dalam pada itu, Astro menjelaskan bayaran untuk langganan perkhidmatannya tidak akan meningkat. Namun begitu, SST yang dinaikkan kepada 8% akan menyebabkan peningkatan pada keseluruhan jumlah bayaran.
Sumber: Astro