Urban Republic mengumumkan jualan penghabisan gudang besar-besaran akan diadakan di Atria Event Hall, Level 1, bermula 25 hingga 28 April 2024.
{suggest}
Antara barisan produk yang akan tersedia dalam jualan gudang ini termasuk unit demo Apple seperti iPhone, iMac, MacBook, Apple Watch, Apple Pencil dan sebagainya.
Tidak hanya itu, pelbagai unit baharu daripada Samsung, Huawei, Honor, Xiaomi, OPPO, vivo dan Tecno akan turut ditawarkan pada harga promosi.
Bagaimanapun, perlu diingatkan hari pertama (25 April 2024) hanya akan dibuka kepada ahli kelab SURE sahaja manakala tiga hari berikutnya (26-28 April 2024) akan dibuka kepada umum.
Sementara itu, pembelian peranti iOS dan Android hanya terhad masing-masing kepada 2 dan 4 unit sahaja bagi setiap pelanggan. Bagi unit demo, tiada lagi warranty atau jaminan yang tersedia.
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan gudang ini, layari laman rasmi Urban Republic.