Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini mengumumkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, akan dikeluarkan bermula tahun 2023.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, antara ciri keselamatan baharu itu termasuk dilengkapi watermark atau tera air pada sijil kelahiran bagi mengelakkan berlakunya kes pemalsuan dokumen.
{suggest}
Antara lainnya termasuk reka bentuk dokumen, kertas yang digunakan serta jenis dakwat untuk cetakan keselamatan.
Dimaklumkan, pembaharuan itu adalah selaras dengan inisiatif JPN untuk menambah baik 38 dokumen keselamatan jabatan, bagi menjaga aspek ketulenan. Selain sijil kelahiran, antara dokumen lain yang turut ditambah baik dengan ciri keselamatan termasuk sijil daftar perkahwinan.
🔸@jpnhqofficial akan keluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun depan yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini#InfografikBernama pic.twitter.com/Y1bRh2JzW3
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 17, 2022
Bagaimanapun, perlu diketahui sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar baharu.
Sumber: BERNAMA