Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini mengumumkan pengeluaran Permit Memandu Antarabangsa (IDP) baharu, selaras dengan model yang ditetapkan dalam Convention on Road Geneva 1949 (Konvensyen 1949).
{suggest}
Sebelum ini, JPJ mengeluarkan IDP berwarna kuning cair dengan saiz yang sedikit berbeza iaitu berukuran 152 × 111 mm.
Walaupun tidak dinyatakan dalam muat naik di Facebook rasmi JPJ, IDP baharu ini sepatutnya mengikut standard yang ditetapkan oleh Convention on Road Geneva 1949 – berwarna kelabu dengan saiz A6 yang berukuran 148 × 105 mm.
Bagaimanapun, JPJ berkata IDP sedia ada masih boleh diguna pakai tertakluk kepada tempoh sah IDP. Sementara pengeluaran IDP bentuk baharu adalah tertakluk kepada stok IDP bentuk lama.
Bayaran kekal sama, iaitu RM150 untuk tempoh sah permit selama satu tahun.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan, via Paultan.org