Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan ancaman siber oleh kumpulan penggodam dikenali sebagai R00TK1T terhadap infrastruktur Maxis.
{suggest}
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata syarikat itu telah memberi notifikasi sewajarnya kepada JPDP bagi mengesahkan tiada ketirisan data peribadi, hasil daripada forensik digital yang telah dilaksanakan.
Menurutnya, JPDP juga telah melaksanakan siasatan susulan daripada notifikasi yang diterima itu dan mendapati tiada data peribadi yang terlibat berdasarkan kepada sampel data dikemukakan.
Sebaliknya, hanya portal Maxis Interactive Retail Assistant (MIRA) Queue Management System di satu cawangan kedai Maxis yang terkesan. Sistem ini merupakan sistem standalone dan tidak mempunyai sebarang sambungan kepada mana-mana sistem kritikal Maxis.
Dalam pada itu, Gobind berkata CyberSecurity Malaysia, JPDP serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memastikan keselamatan data dan infrastruktur negara selamat.
Sumber: Gobind Singh Deo