Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jerman Kata Tiada Bukti Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna

Posted on Januari 14, 2022

Kementerian Pertahanan Lithuania pada September tahun lalu meminta rakyat mereka untuk membuang telefon Xiaomi mereka khuatir keselamatan pengguna. Ini membuatkan beberapa badan siber negara lain turut menjalankan siasatan.

Badan pemerhati keselamatan siber Jerman, Federal Office for Information Security (BSI) beberapa bulan lepas telah menjalankan pemeriksaan ke atas telefon Xiaomi selepas kerajaan Lithuania menuduh peranti keluaran Xiaomi menapis carian berkenaan beberapa topik seperti pembebasan Tibet, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya.

Semalam, BSI mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan telefon Xiaomi menapis carian pengguna.

“Hasilnya, BSI tidak mengesan apa-apa anomali yang memerlukan siasatan lanjut atau sebagainya,” terang wakil BSI.

Ini merupakan berita baik untuk publisiti Xiaomi kerana Taiwan juga sedang menjalankan siasatan selepas Lithuania mengeluarkan amaran tentang peranti mereka.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Taiwan Dapati Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna Dan Hantar Data Ke Beijing
  • Menteri Lithuania Mengesyorkan Pengguna Di Negara Itu Membuang Telefon Pintar China
  • Xiaomi Buat Pening Lagi – Umum Model Baharu, Padahal Spesifikasi Sama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress