Untuk jerayawara siri Xiaomi 12T kelak, Xiaomi Malaysia memberitahu mereka menawarkan TV Xiaomi LED 4S bersaiz 55 inci secara percuma untuk pelanggan awal.
{suggest}
Berikut adalah maklumat jerawayara:
- One Utama Shopping Mall (LG Oval)
- 26 – 30 Oktober 2022
70 pembeli terawal Xiaomi 12T dan 12T Pro akan mendapat TV Xiaomi LED 4S (55″), lanjutan waranti 1+1 tahun, gantian skrin percuma, kole boleh dikustomasi (customized mug) dan tawaran belian dengan belian RM50 untuk Xiaomi Smart Band 7 Pro.
Xiaomi 12T (8GB+256GB) dijual pada harga RM1,999, Xiaomi 12T Pro (8GB+256GB) untuk RM2,699 dan Xiaomi 12T Pro (12GB+256GB) untuk RM2,999.
Yang pasti, ketiga-tiga model yang dibeli semasa jerayawara hadir dengan gantian skrin percuma, kole, lanjutan waranti 1+1 tahun. Redmi Buds 3 Pro percuma.
Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi