JDT merupakan pasukan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi ProPitch untuk memantau keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim. Tujuannya adalah untuk memastikan kualiti padang di stadium tersebut kekal terjamin.
Teknologi ProPitch ini mampu membantu penyelia padang mengetahui keadaan sebenar padang dalam pelbagai sudut termasuk kadar tarikan dan keteguhan rumput tersebut serta tahap keselamatannya.
Dengan data yang ada, ia dapat membantu penyelia padang untuk menjaga kualiti padang Stadium Sultan Ibrahim supaya ia mampu menjadi medan permainan bola sepak yang terbaik di dunia.
ProPitch bukan sahaja digunakan oleh UEFA untuk beberapa pertandingannya di Eropah, namun ia juga menjadi pilihan beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris seperti Arsenal, Manchester United, Tottenham Hotspur dan pelbagai kelab lain di Liga Perdana Inggeris.
Usaha ini menjadi penanda aras bahawa JDT ingin terus menjadi peneraju bola sepak dalam arena tanah air sekali gus ia mampu menaikkan imej bola sepak negara di mata dunia.
{suggest}
Sumber: X JohorSouthernTigers