Rumput hibrid adalah gabungan antara rumput tiruan dan juga rumput asli.
Padang jenis hibrid sedang dalam proses pemasangan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Selepas beberapa analisis dijalankan, rumput jenis tersebut turut akan di pasang di kesemua fasiliti milik JDT.
Johor Darul Ta’zim telah mencipta sejarah dengan menjadi kelab pertama yang menggunakan rumput jenis hibrid. Diharapkan, kelab-kelab lain di Malaysia boleh mengikut langkah JDT supaya martabat bola sepak negara akan meningkat di mata dunia.
Antara kelab di eropah yang menggunakan rumput hibrid adalah Liverpool (Anfield), Everton (Goodison Park), Inter Milan dan A.C. Milan (San Siro) serta Nou Camp (Barcelona).
Selain itu, terdapat juga stadium di Asia telah menggunakan rumput seperti di Jakarta International Stadium (Indonesia) dan di Nissan Stadium (Jepun).
Kaedah penanaman rumput hibrid adalah rumput asli ditanam secara berselang-seli dengan rumput sintetik. Akar rumput asli akan memegang struktur rumput sintetik yang ditanam pada kedalaman 20cm dari paras tanah apabila rumput asli telah tumbuh dengan matang.
Selain daripada dapat mengelakkan rumput asli tercabut dengan mudah, ia juga dapat mencengkam tanah dengan lebih kukuh serta dapat menghalang permukaan padang rosak.
Antara kelebihan menggunakan rumput hibrid adalah:
- Mempunyai kondisi 100% seperti rumput asli.
- Mempercepatkan proses pemulihan rumput asli yang rosak.
- Padang 3 kali ganda tahan lasak.
- Dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.
- Ketahanan tinggi terhadap perubahan suhu terutama untuk negara yang ada 4 musim.
{suggest}
Sumber: Facebook Johor Southern Tigers