JBL merupakan syarikat pengeluar produk berasaskan audio yang terkemuka serta pakar dalam semua perkara berkaitan audio. Syarikat tersebut telah melancarkan produk pembesar suara yang diinspirasikan daripada legasi Authentic 200, 300 dan 500 serta meja putar iaitu Spinner BT.
Pelancaran tersebut dilakukan di Jerayawara Heart of Sound di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. Rekaan produk ini dibina dengan gabungan gaya retro dan teknologi audio JBL abad ke-21.
Produk ini direka bentuk semula dengan jeriji Quadrex yang membantu menyampaikan suara serentak daripada Google dan Amazon. Tawaran ini hanya boleh ditawarkan oleh warisan 77 tahun.
Tambahan pula, terdapat Spinner BT yang membolehkan anda menikmati kualiti rakaman sebenar. Kualiti tersebut hanya boleh disediakan oleh vinil.
Rangkaian pembesar suara JBL Authentic direka dengan tiga variasi. JBL Authentic merupakan siri yang mempunyai kepelbagaian ciri iaitu Wi-Fi dan pembesar suara pintar yang mempunyai sambungan Bluetooth serta menawarkan kualiti bunyi Dolby Atmos yang bakal menjadi halwa telinga kepada pendengar.
JBL Authentic 300 menawarkan kualiti bunyi mudah alih yang berkualiti tinggi dengan ketahanan bateri selama 8 jam terbina di dalam. Manakala JBL Authentic 200 sesuai untuk mengisi ruang dengan bunyi stereo yang seimbang dan kuat.
Hasil gabungan tweeter 1 dan woofer 5 untuk rentang bunyi penuh serta radiator pasif 6 untuk menghasilkan pengalaman audio yang lebih mantap.
JBL Spinner BT mempunyai reka bentuk yang elegan dengan menggunakan pinggan aluminium dan tonearm serta alas tiang MDF hitam yang diselit dengan aksen oren atau emas JBL.
Panel hadapan kelihatan kontemporari serta penutup habuk yang boleh digerakkan menjadikan unit ini kelihatan menarik dan estetik. Motor dengan pemacu tali pinggang dan sensor optik di bawahnya untuk memastikan pemutaran rekod dengan ketepatan pada kecepatan 33.3 rpm untuk album atau 45 rpm untuk EP dan single.
Penggabungan pembesar suara atau fon kepala Bluetooth dengan cepat ke Spinner BT memanfaatkan pengekodan Aptx-HD yang tidak mencacatkan kualiti suara.
Tonearm aluminium pula untuk memastikan pengesanan alur rekod yang sangat tepat tanpa merosakkannya. Ciri-ciri pula adalah cangkuk tonearm yang boleh ditanggalkan untuk akses mudah kepada kartrij bagi penggantian atau peningkatan, pemberat yang boleh diselaraskan dan anti-skate yang boleh dilaras. Kartrij magnet bergerak sejajar berkualiti tinggi, dipasang dan diselaraskan, pada JBL Spinner BT.
{suggest}
Sumber: Siaran Media JBL