WhatsApp melancarkan kemas kini yang terbaharu di dalam program Google Beta. Kemas kini ini adalah termasuk skrin log keluar untuk pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut pada lebih daripada satu peranti.
Antara sebab-sebab skrin log keluar ini terjadi pada peranti adalah seperti berikut:
- Pengguna memilih untuk log keluar daripada peranti sekunder seperti tablet melalui WhatsApp Settings > Akaun > Log Keluar.
- Pengguna ingin mengeluarkan sesi yang sedia ada di peranti sekunder daripada peranti utama melalui WhatsApp Settings > Akaun > Linked Devices.
- Pengguna menukar nombor telefon menggunakan ciri “Change Number” melalui WhatsApp Settings > Account
- Peranti yang digunakan mengalami log keluar yang tidak dijangka kerana masalah teknikal yang dihadapi.
Jika pengguna telah log keluar dari WhatsApp dan ingin log masuk semula, mereka boleh sahaja menekan butang “Continue”. Skrin log keluar masih lagi di bawah penambahbaikan dan akan diberikan kepada pengguna beta terlebih dahulu.
Sumber: WABetaInfo
{suggest}