Pada awal tahun yang lepas, Touch N Go Digital telah mengumumkan hab insurans GOprotect dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Insurans yang ditawarkan adalah insurans perlindungan untuk perjalanan, kereta dan rumah.
Tidak lupa juga untuk penyakit kritikal yang dipanggil CI Insure pada ketika itu. Namun kini, CI Insure telah berubah nama iaitu Insure360.
Insure360 ini berperanan sebagai tuan rumah bagi insurans kesihatan secara keseluruhannya yang merangkumi insurans perlindungan penyakit kritikal dan insurans perubatan.
Insurans Penyakit Kritikal
Perlindungan ini menyediakan pembayaran sekali gus atau lump sum untuk 5 penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung koronari. Tambahan lagi, ia juga menampung perbelanjaan tambahan seperti pemulihan, pengubahsuaian rumah dan pelarasan gaya hidup.
Insurans Perubatan
Pakej ini merangkumi perbelanjaan penjagaan rutin kesihatan dan kemasukan anda ke hospital serta akses kepada rawatan yang diperlukan.
Untuk penggunaan Insure360 ini, anda perlu mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu dan ia hanya akan berkesan untuk individu yang berumur antara 18 sehingga 50 tahun dengan pembayaran RM10 sebulan.
Anda boleh dapatkan info lanjut tentang Insure360 ini di laman web rasmi Touch N Go dan muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di Google Play Store.
{suggest}
Sumber: Touch N Go