Kedua-dua teknologi ini pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Pastinya rumit bagi seseorang untuk memilih antara keduanya kerana jam tangan pintar (smartwatch) dan penjejak kesihatan (Fitness Tracker) mempunyai persamaan yang hampir serupa.
Kebanyakkan smartwatch mempunyai fungsi kesihatan dan kecergasan. Manakala fitness tracker juga mampu mengendalikan aplikasi pihak ketiga, menerima mesej dan banyak lagi.
Secara umumnya, smartwatch lebih tinggi kebolehan teknologinya dan lebih berkebolehan berbanding fitness tracker. Sebagai contoh, Apple Watch 9 dan Samsung Galaxy Watch 6 boleh melakukan pelbagai tugas persis telefon pintar.

Fitness Tracker pula lebih sesuai untuk mereka yang kaki “workout” kerana peranti ini lebih kecil dan ringan serta harga yang lebih murah berbanding Smartwatch. Peranti ini mampu mengesan denyutan jantung dan nadi sekaligus mampu membantu pengguna semasa bersenam.

Oleh itu, mari kita lihat 5 perbezaan antara kedua-dua peranti ini:
1. Menghantar dan Menerima Panggilan
Walaupun kebanyakkan Fitness Tracker boleh menerima mesej dan panggilan, namun Smartwatch mampu memberikan pengalaman yang jauh lebih baik berbanding Fitness Tracker.
Hal ini kerana, Smartwatch mampu memberi sambungan kepada telefon pintar serta mempunyai ciri khasnya sendiri. Misalnya, sekiranya anda pengguna iPhone, anda boleh membeli Apple Watch.
Jika anda pengguna Android, anda boleh membeli Pixel Watch atau Samsung Galaxy Watch.

Mereka yang ingin memasang pelbagai aplikasi pihak ketiga serta menyemak imbas internet harus memilih jam tangan pintar kerana penjejak kesihatan kurang sesuai untuk mengendalikannya.
2. Menjejaki dan Merekod Senaman
Untuk ciri kali ini, kedua-dua jenis peranti ini mempunyai persamaan. Terdapat jenama yang memfokuskan kepada kecergasan seperti Fitbit dan Garmin. Kedua-dua jenama ini kini telah berada dalam pasaran Smartwatch.
Kedua-dua Smartwatch dan Fitness Tracker mempunyai ciri penjejakan senaman yang sangat efektif. Antara ciri tersebut adalah sensor untuk mengesan nadi, mengesan ketepuan oksigen darah, mengesan minit aktif, menjejak jarak dan banyak lagi.
Tetapi, jika anda ingin menggunakan peranti penjejak kecergasan yang lebih mudah dan tidak rumit, belilah Fitness Tracker.
3. Bergaya dan Elegan
Bukan semua peranti boleh pakai (wearables) boleh digayakan. Jika anda seseorang yang mementingkan gaya, maka Fitness Tracker menjadi pilihan anda. Model seperti siri Fitbit Inspire kelihatan lebih seperti gelang berbanding alat geekly jika sekilas pandang.

Beberapa model fitness tracker seperti Garmin Vivomove Sport juga kelihatan elegan jika digayakan.

Bagi siri Apple Watch Ultra pula, saiznya yang besar menjadikannya kelihatan terlalu menonjol dan kurang elegan jika hendak dijadikan perhiasan.
4. Penjejak kualiti tidur dan tahap pemulihan badan
Untuk perbezaan kali ini, Fitness Tracker adalah lebih sesuai untuk digunakan berbanding Smartwatch. Contohnya, Whoop 4.0 dan Oura Ring 3.
Walau bagaimanapun, Smartwatch jenama Garmin dan Fitbit juga mempunyai metrik rehat dan pemulihan yang padu. Akan tetapi, jika anda ingin menggunakannya khas untuk merekod kualiti tidur anda, Fitness Tracker lebih sesuai. Hal ini kerana, ia lebih kecil, ringan serta selesa untuk dipakai semasa tidur.
5. Jaminan Keselamatan
Sekiranya anda seorang pengguna yang mementingkan keselamatan, maka Smartwatch adalah jawapannya. Model seperti Apple Watch Ultra 2, Samsung Galaxy Watch 6, Google Pixel Watch 2 dan banyak lagi mempunyai fall detection.
Siri Apple Watch Ultra mempunyai built-in siren yang berfungsi memberi isyarat untuk mendapatkan bantuan. Kebanyakkan Smartwatch juga menawarkan fungsi panggilan kecemasan.
Secara konklusinya, anda patut tahu apa yang anda mahukan dan mesti mengikut bajet. Sekiranya memang aktif bersukan dan mahukan ciri-ciri tersebut, anda boleh pilih penjejak kesihatan (fitness tracker) seperti amazfit, fitbit atau jam sukan seperti Garmin atau Suunto.
{suggest}
Sumber: Tom’s Guide