Mengikut leaker Kuba Wojciechowski, Meta akan membangunkan jam pintar Android pertama mereka. Jam pintar itu akan menggunakan Android yang direka sendiri oleh mereka berbanding WearOS.
Pada hujung tahun lepas, Meta dilaporkan telah menamatkan projek jam tangan pintar mereka. Tetapi berita ini menunjukkan mereka sedang mengusahakan satu projek yang baharu.
Bloomberg telah berkongsikan satu gambar yang didakwa sebagai jam tangan pintar Meta dengan nama kod – Milan. Berdasarkan gambar di atas, jam tangan ini mempunyai bukan satu tetapi dua buah kamera terbina bersamanya.
Menurut Kuba, jam pintar Meta ini akan dikuasakan cip pemprosesan daripada Qualcomm sendiri. Berkemungkinan besar, Meta mengitar semula rekaan fizikal projek yang telah dibatalkan dulu.
This version of the device is physically very similar to the previously leaked one. There appear to be some sensor array changes on the back, as well as small cosmetic differences, but nothing major. The general detachable form factor is still the same. pic.twitter.com/HCmoWW5oeq
— Kuba Wojciechowski 🩷 (@Za_Raczke) January 31, 2023
Walau bagaimanapun, pembangunan jam tangan pintar Meta ini baru lagi di fasa awal dan pelbagai perkara yang tidak dijangkakan boleh berlaku.
{suggest}
Sumber: Kuba Wojciechowski
Gambar utama: Gizchina