Jabra membawakan 6 peranti baharu ke pasaran Malaysia. Tiga daripadanya ialah fon kepala Evolve2 manakala 3 lagi ialah pembesar suara Speak2.
Kesemuanya menumpukan terhadap penggunaan di dalam pejabat seperti ketika sidang maya yang kini sudah menjadi amalan lazim.
Fon kepala
Model paling mahal iaitu Evolve2 65 Flex hadir dengan rekaan fold-and-go, earcup yang lebih nipis dan lengan boom yang lebih pendek supaya mudah disembunyikan.
- Evolve2 50 Stereo (berwayar) – RM1180
- Evolve2 55 Stereo (tanpa wayar) – RM1580
- Evolve2 65 Flex – RM1880
Bagi penggunaan sidang maya, ciri ClearVoice dan mikrofon BeamForming dapat membantu menangkap suara anda dengan jelas walaupun dalam persekitaran yang bising.
{suggest}
Untuk audio pula, ia turut mempunyai pembatalan hingar aktif hibrid (ANC).
Maklumat lanjut ada di laman web Jabra.
Pembesar suara
- Speak2 40 (USB) – RM1080
- Speak2 55 (Bluetooth) – RM1180
- Speak2 75 (Bluetooth) – RM2380
Speak2 diiktiraf rasmi untuk penggunaan bersama Microsoft Teams, Zoom dan Google Meet yang bermakna ia sambungan dan kualitinya dioptimasi dengan baik apabila digunakan bersama.
Ia juga mempunyai lampu di sekeliling untuk memberi tanda apakah suara mereka ditangkap dengan baik oleh mikrofon atau tidak.
Maklumat lanjut tentang Speak2 ini boleh didapati di laman web Jabra.