iTWorld kini menawarkan harga diskaun untuk penggantian bateri iPhone pada hari yang sama.
{suggest}
Bermula 1 Disember 2023 hingga 15 Januari 2024, pengguna di Lembah Klang dan Perak boleh membuat penukaran bateri iPhone pada harga RM388, berbanding harga asal RM428.
Promosi ini ditawarkan untuk model iPhone X hinggalah iPhone 13 Pro Max, dengan tempoh jaminan 90 hari. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.
Untuk membuat tempahan, hubungi nombor yang tertera dalam gambar di bawah.
Sumber: iTWorld
Gambar utama: iFixit