Bersempena dengan Tahun Baru Cina 2024 yang akan tiba tidak lama lagi, iQOO yang merupakan syarikat telefon pintar di bawah vivo akan menampilkan siri iQOO 12 5G dengan edisi FLAME.
iQOO 12 5G dahulunya hadir di Malaysia sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3 serta disokong memori 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan.
Selain itu, ia juga menjalankan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.
Telefon ini juga dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED (2800 x 1260) 6.78 inci pada kadar segar semula 144Hz.
Untuk kamera, iQOO 12 5G ini menggunkaan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 64MP dan kamera swafoto 16MP.
{suggest}
Sehubungan dengan itu, pihak iQOO Malaysia kini mengumumkan bahawa peranti iQOO 12 5G edisi FLAME ini akan tiba bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dengan beberapa tawaran hadiah.
Untuk maklumat lanjut mengenai edisi terhad iQOO 12 5G FLAME ini, anda boleh layari halaman Facebook iQOO dan laman web rasmi iQOO Malaysia.
- Beli produk iQOO di Shopee: https://invl.io/clkdiih
- Beli produk iQOO di Lazada: https://invol.co/clkdiil
{suggest}
Sumber: Siaran Media iQOO