Diperkenalkan sebagai kelas bawahan dalam siri iPhone 2018, iPhone XR bakal mula dijual secara pra-tempah pada 19 Oktober ini tepat jam 03.01 petang.
Model-model ini dilancarkan dengan beberapa pilihan warna menyasarkan kepada pengguna yang menggemari warna meriah.
Harga berbeza mengikut variasi storan dalaman:
- 64GB – RM3599
- 128GB – RM3849
- 256GB – RM 4299
Pra-tempah akan dilangsungkan di laman Apple Malaysia.