Oktober lalu, seorang individu yang bernama Ken Pillonel berjaya “mencipta” iPhone X dengan storan 64GB hadir dengan port pengecasan USB-C.
Kemudian, iPhone tersebut dilihat disenaraikan di laman eBay untuk dibida dan bidaan pada masa itu telah mencapai sehingga USD100,100.
Kira-kira hampir 2 minggu, iPhone pertama di dunia yang lengkap dengan USB-C akhirnya terjual juga tetapi tidaklah sehingga nilai yang dinyatakan tempoh hari. Sebaliknya, iPhone itu dijual pada tanda harga USD86001 (~RM358000).
Dengan ini, jelas kelihatan bahawa pengguna iPhone sememangnya mahukan peranti mereka hadir dengan port USB-C. Tidak hairanlah ada yang sanggup membeli iPhone X itu dengan nilai yang agak tidak masuk akal.
Apa-apa pun, berkemungkinan pada masa hadapan iPhone USB-C ini akan jadi kenyataan kerana cadangan oleh Kesatuan Eropah (EU) yang mahu menyeragamkan port pengecasan.
Sumber: gizmodo
Baca juga: