Apple kini mengemaskini senarai produk vintaj dengan penambahan iPhone 6 berikutan sudah lebih lima tahun sejak kali terakhir peranti itu dijual.
iPhone 6 dilancarkan pada September 2014 bersama iPhone 6 Plus. Kemudian, jualannya dihentikan pada 2016 setelah pelancaran iPhone 7. Namun, iPhone 6 diperkenalkan semula sebagai iPhone kos rendah untuk pasaran tertentu pada 2017.
{suggest}
Berikutan itu, ia mempunyai tempoh penyenaraian yang berbeza berbanding produk lain, termasuk iPhone 6 Plus yang sudah pun ditambah terlebih dahulu dalam senarai produk vintaj pada awal tahun ini.
Mengimbas kembali, iPhone 6 dan 6 Plus merupakan iPhone pertama yang menawarkan sokongan Apple Pay.
Bagi yang belum tahu, produk vintaj adalah senarai peranti Apple yang dihentikan pengedaran untuk jualan sekurang-kurangnya lebih lima tahun lalu. Apple menyediakan perkhidmatan dan alat ganti untuk peranti vintaj sehingga 7 tahun, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, tetapi baik pulih bergantung kepada ketersediaan alat ganti.
Sumber: Apple Support