Satu laman web dari Portugal, iHelp telah menjumpai kod yang memberi indikasi iPhone 8 bakal dimuatkan dengan sokongan rakaman video 4K pada 60fps untuk kedua-dua kamera utama dan selfie.
Pada ketika ini iPhone 7 dan iPhone 7 Plus memiliki sokongan rakaman video 4K untuk kamera utama sahaja, tetapi hanya pada 30fps manakala kamera depan hanya pada 1080p.
Menurut satu artikel dari 9to5mac.com pula, iPhone 8 juga dijangka mempamerkan kebolehan merakam video dengan fungsi AR.