Menjelang pelancaran pada separuh kedua tahun ini, spekulasi mengenai iPhone 16 semakin hangat diperkatakan. Dalam perkembangan terkini, ura-ura mengatakan dua model iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan dua pilihan warna baharu.
{suggest}
Melalui perkongsian di platform X, peniris Majin Bu mendakwa iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan pilihan warna Desert Yellow (Desert Titanium) dan Cement Gray (Titanium Gray).
Menurutnya, warna Desert Yellow sama seperti pilihan warna Gold yang ditawarkan pada iPhone 14 Pro, tetapi lebih “deeper and heavier”. Sementara Cement Gray digambarkan seakan warna Space Gray yang digunakan pada iPhone 6.
Based on the information I was able to find, the new colors of the iPhone 16 Pro could be
Desert Yellow (Desert Titanium) similar to the gold of the iPhone 14 Pro but deeper and heavier
Cement Gray (Titanium Gray) a shade of space gray similar to that used on iPhone 6. Other… pic.twitter.com/BWlYwAquS8— Majin Bu (@MajinBuOfficial) February 19, 2024
Untuk rekod, iPhone 15 Pro hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black Titanium, White Titanium, Blue Titanium dan Natural Titanium.
Tiada warna Gold yang ditawarkan untuk iPhone 15 Pro. Warna ini hanya tersedia melalui pengenalan iPhone 5S hingga iPhone 8, dan kemudian pada iPhone XS hingga iPhone 14 Pro.
Tidak mustahil jika Apple akan memperkenalkan semula warna tersebut melalui pelancaran iPhone 16 Pro nanti.
Namun begitu, setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya dan boleh dikategorikan sebagai khabar angin sahaja. Sudah tentu lebih banyak spekulasi mengenainya akan muncul dalam beberapa bulan akan datang.
Sumber: Majin Bu