Siri iPhone ini dikatakan telah mencapai ujian pengesahan kejuruteraan (engineering validation test).
iPhone 14 ini menurut Jeff Pu akan disertakan skrin yang lebih besar danĀ harganya juga tidak jauh berbeza daripada iPhone 13.
Selain itu, dia juga mengatakan bahawa cip A16 akan digunakan pada model Pro dan Pro Max selain turut menggunakan kamera 48MP.
Untuk siri iPhone 15 pula, laporan terbaru berkongsi bahawa siri ini mungkin hadir dengan lensa periskop dengan zum optikal 5x.
Ming-Chi Kuo pernah berkongsi bahawa periskop akan disertakan siri iPhone 14 namun membetulkannya dengan berkata ia akan diletakkan pada siri iPhone 15.
Sumber: 9to5Mac
Baca juga: