Apple baru-baru ini telah mengesahkan acara khas yang bakal diadakan pada 7 Mei depan. Antara produk yang berkemungkinan besar diperkenalkan pada malam itu adalah pelancaran model iPad versi baharu yang dikatakan menggunakan panel LTPO OLED.
Buat pengetahuan, iPad Pro sekarang hanya menggunakan panel mini LED biarpun pesaingnya lain sudah menawarkan panel OLED dan juga AMOLED.
Namun, Apple dilihat sudah bersedia untuk menyertai dalam pasaran tablet dengan paparan OLED.
Ura-ura terbaru mengatakan Apple bakal menggunakan panel OLED terbaik yang pernah ditawarkan dalam pasaran tablet. Ross Young, CEO perunding rangkaian bekalan paparan (DSCC) juga mengesahkan perkara tersebut.
{suggest}
Tambahan lagi, beliau turut mendakwa iPad Pro OLED akan hadir dalam dua saiz, iaitu 12.9 inci dan 11.1 inci.
Selain paparan dengan bezel lebih nipis, ia mungkin mempunyai kadar segar semula 120Hz, tahap kecerahan lebih tinggi dan bateri tahan lebih lama.
Dari segi prestasi, iPad Pro OLED dijangka dikuasakan cip generasi terbaru, M4 yang juga pemproses pertama Apple yang dioptimumkan untuk kecerdasan buatan (AI). Ini pun adalah selari dengan khabar angin yang Apple akan memfokuskan AI dalam sistem operasi mereka nanti yang akan diperkenalkan semasa WWDC Jun 2024 kelak.
Sumber: macrumors