Apple dalam beberapa bulan ini telah melaksanakan perubahan dasar bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) di Kesatuan Eropah (EU). Antaranya termasuk membenarkan stor aplikasi alternatif atau sideloading, pengedaran aplikasi melalui web dan banyak lagi sebagai sebahagian daripada kemas kini iOS 17.4 dan iOS 17.5.
Setakat ini, peraturan itu hanya terpakai untuk iPhone dan iOS. Tetapi kini, iPadOS nampaknya bakal menerima nasib yang sama seperti iPhone.
{suggest}
Pihak Suruhanjaya Eropah telah mengenal pasti iPadOS sebagai gatekeeper di bawah DMA. Berikutan itu, Apple mempunyai tempoh enam bulan untuk mematuhi sepenuhnya akta tersebut.
Today, we have brought Apple’s iPadOS within the scope of the DMA obligations. Our market investigation showed that despite not meeting the thresholds, iPadOS constitutes an important gateway on which many companies rely to reach their customers. Today’s decision will ensure that fairness and contestability are preserved also on this platform, in addition to the 22 other services we designated last September. Apple has six months to make iPadOS compliant with the DMA.
Ini bermakna, semua perubahan yang dikuatkuasakan untuk iOS dan iPhone baru-baru ini akan juga dilaksanakan untuk iPad. Sebagai contoh, pengguna iPad di Eropah kelak boleh memuat turun aplikasi melalui stor aplikasi alternatif dan boleh menggunakan pelayar alternatif sebagai default.
Untuk diklasifikasikan sebagai gatekeeper atau “penjaga pintu” di bawah DMA, syarikat mesti memenuhi kriteria tertentu, termasuk mempunyai jualan di seluruh EU sekurang-kurangnya €7.5 bilion, atau permodalan pasaran €75 bilion dan ke atas.
Penetapan itu juga memerlukan platform atau perkhidmatan untuk mempunyai lebih daripada 45 juta pengguna aktif bulanan dan lebih 10,000 pengguna perniagaan aktif setiap tahun dalam EU.
Selain Apple, syarikat seperti Alphabet, Amazon, ByteDance, Meta dan Microsoft juga perlu mematuhi sepenuhnya peraturan DMA pada 7 Mac lepas.
Syarikat yang tidak mematuhi peraturan baharu itu berisiko menghadapi penyiasatan EU serta denda sehingga 10% daripada hasil global syarikat, dengan penalti 20% bagi pelanggaran berulang.