iOS 16 telah dilepaskan pada beberapa hari lalu. Antara tumpuannya ialah skrin kunci dan gambar hias yang boleh disuaikan mengikut kehendak pengguna.
Terbaru, 9to5Mac berkongsi bahawa sebanyak 6.71% pengguna iPhone telah menaik taraf ke iOS 16 dalam masa 24 jam.
Ini lebih tinggi daripada 6.48% pengguna semasa iOS 15 dulu untuk tempoh sama.
Namun, ia masih tidak dapat menandingi iOS 14 yang mencapai 9.22%.
Untuk tempoh 3 hari pertama pula, iOS 16 mencatatkan 10.45% pengguna, iOS 15 pula setinggi 9.86% manakala iOS 14 masih tertinggi iaitu 14.68%.
Apa puncanya iOS 14 masih tertinggi antara ketiga-tiga versi?
Ini mungkin kerana iOS 14 membawakan perubahan yang agak besar contohnya pengenalan App Library dan panggilan yang tidak lagi mengambil ruang skrin penuh.
iOS 15 pula seolah-oleh tampalan kemas kini kecil kerana hanya membawakan ciri-ciri baharu yang seumpama sampingan saja pada sistem sedia ada.
{suggest}
Versi iOS terbaharu, iOS 16 pula sememangnya menarik perhatian kebanyakan pengguna kerana banyak pembaharuan dari segi antara muka termasuklah pemain media di skrin kunci.