Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS 16.0.3 dengan beberapa baik pulih pepijat dan kemas kini keselamatan untuk peranti yang menjalankan iOS 16, terutamanya bagi siri iPhone 14.
{suggest}
Menurut Apple, kemas kini iOS 16.0.3 merangkumi pembetulan pepijat yang telah dihadapi oleh pengguna iPhone sejak beberapa minggu lalu.
Berikut adalah senarai penuh bagi pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan:
- Panggilan masuk dan pemberitahuan aplikasi mungkin lewat atau tidak dihantar pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
- Kelantangan mikrofon rendah boleh berlaku semasa panggilan telefon CarPlay pada model iPhone 14.
- Kamera mungkin perlahan untuk dilancarkan atau bertukar antara mod pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
- Mail crash semasa dilancarkan selepas menerima e-mel tidak lengkap.
Untuk kemas kini iOS 16.0.3, ianya boleh dimuat turun dan dipasang melalui Settings > General > Software Update bagi model iPhone 8 dan terbaharu yang menjalankan iOS 16.