Usai acara pengenalan iPhone terbaru, kini peminat Apple di Malaysia didatangkan lagi dengan satu perkhabaran mengenai sistem operasi iOS 11.
Buat pengetahuan semua, penawaran iOS 11 secara rasmi dijadualkan bermula pada 19 September 2017 dan disebabkan perbezaan waktu, pengguna Malaysia boleh mula memuat turun pada 20 September iaitu hari Rabu.
Pelbagai ciri menarik serta naik taraf sistem yang cuba diketengahkan Apple melalui iOS 11, antaranya adalah;
- Control centre – Kini tampil dengan antaramuka lebih ringkas dan mesra pengguna
- Perakam skrin – Berkeupayaan merakam skrin
- Screenshot – Ciri ini dinaik taraf dan akses pantas untuk suntingan
- Siri – Pembantu digital Apple kini mampu menterjemah
Dibawah merupakan senarai peranti Apple yang sesuai beroperasi menggunakan iOS 11.