Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Instagram Lepas Ini Akan Ada Halaman Khas Untuk Pengguna Berbayar

Posted on Oktober 25, 2023

Instagram sedang menguji Feed yang hanya memaparkan kiriman atau perkongsian muat naik daripada akaun Meta Verified. Togol baharu akan muncul di bawah perkataan “Following” dan “Favorites” apabila anda klik pada logo Instagram yang terdapat dalam aplikasi.

Kredit: Meta

Selepas dua bulan, Instagram telah membuat pengumuman rasmi setelah TechCrunch mengatakan mereka tidak akan menguji ciri tersebut. Alessandro Paluzzi menjumpai kod yang terdapat dalam aplikasi Instagram di dalam kedua-dua Android dan iOS. Kod tersebut menunjukkan penapis baharu untuk feed yang akan memperlihatkan pelanggan Meta Verified.

Instagram berkemungkinan akan menawarkan feed baharu sebagai langkah untuk mempromosikan langganan Meta Verified sekaligus dapat menarik minat pengguna untuk melanggan.

Meta jelas ingin meniru ciri-ciri yang terdapat pada X yang mana mereka terlebih dahulu mengeluarkan ciri ini yang diberi nama Verified-only. 

{suggest}

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress