Baru-baru ini, vivo telah mengekalkan kedudukan jenama mereka sebagai saingan bagi jenama telefon pintar yang lain atas keberkesanan inovasi terbaru mereka yang dikenali sebagai ‘Blue Technology‘.
Inovasi terbaru ini terdiri daripada blue crystal chip technology stack (BlueChip), blue ocean battery life system (BlueVolt), blue heart large model (BlueLM) dan blue river operating system (BlueOS).
Namun, vivo tidak berkongsikan secara terperinci apakah
Sehubungan dengan itu, keluaran telefon vivo yang terbaru iaitu siri vivo S18 adalah antara salah satu peranti mereka yang menerapkan ‘Blue Technology’ iaitu BlueLM.
vivo S18
Telefon ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 3 serta disokong oleh GPU Adreno 720. Ia juga menjalankan OriginOS 4 yang berasaskan Android 14.
Paparan skrin yang digunakan pula adalah skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz.
Dari sudut kamera, telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 50MP.
Siri vivo S18 ini hanya tampil dalam tiga buah model sahaja iaitu S18e, S18 dan S18 Pro yang dimana kelainannya adalah dari sudut cip pemprosesan, kad grafik, memori dan storan.
Namun begitu, ketersediaan siri vivo S18 ini untuk pasaran tempatan masih lagi belum ditetapkan.
Beli produk vivo di Shopee – https://invl.io/clkoycq
Beli produk vivo di Lazada – https://invol.co/clkoycw
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia