Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Inilah Teknologi Pengecas Kenderaan Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia Ketika Ini

Posted on September 30, 2021

Sebuah syarikat dari Switzerland bernama ABB hari ini telah melancarkan teknologi pengecas kenderaan elektrik yang didakwa sebagai pengecas kenderaan elektrik paling berkuasa di dunia.

Menurut ABB, pengecas mereka mampu membolehkan kenderaan elektrik bergerak sejauh 100km dengan hanya di cas selama 3 minit sahaja.

Pengecas ABB ini juga mampu mengecas sehingga 4 buah kenderaan elektrik serentak.

Pengecas yang dikenali sebagai Terra 360 itu mampu mengeluarkan kuasa sehingga 360kW yang mampu mengecas penuh bateri kenderaan elektrik  hanya dalam masa 15 minit sahaja.

ABB sasarkan untuk memasarkan Terra 360 ke Eropah pada penghujung tahun 2021 ini. Mereka juga merancang untuk memasang Terra 360 di Amerika Syarikat, Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik dalam tahun 2022 nanti.

Sumber: ABB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress