Ketika ini, pihak institusi perbankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) secara meluas telah melancarkan kempen #JanganKenaScam bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna mengenai penipuan dalam talian.
Antaranya termasuk memberikan paparan notifikasi di peranti pengguna mengenai panduan melindungi diri daripada scammer, perkara yang perlu dielakkan dan lain-lain.
Namun, apakah langkah segera yang perlu dilakukan jika rasa seperti kena scam – contohnya telah memuat turun dan memasang fail .APK atau memberikan maklumat sulit?
{suggest}
Berikut disertakan senario dan tindakan segera yang perlu dilakukan, jika mengalami mana-mana kejadian di bawah dengan seseorang yang mencurigakan.
Senario 1
Jika anda telah berkongsi maklumat sulit seperti nama pengguna dan kata laluan, OTP/TAC/MSOS, butiran kad kredit, membenarkan akses yang tidak dikenali pada telefon atau memuat turun dan memsang fail .APK daripada sumber yang tidak dikenali, lakukan langkah berikut:
- Laporkan ke NSRC atau hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam bank yang digunakan
- Laporkan kepada pihak polis secepat mungkin.
Senario 2
Jika telah berkongsi data peribadi seperti alamat rumah, nama penuh ibu, atau frasa keselamatan:
- Tukar kata laluan dengan segera.
- Hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam bank anda dan laporkan tentang potensi ancaman ini.
Senario 3
Sekiranya rasa seperti telah ditipu atau kena scam, contohnya menerima panggilan/mesej mencurigakan (tapi tidak layan) atau merasakan ia percubaan scam tetapi tidak terpedaya:
- Hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam bank anda dan laporkan tentang potensi ancaman ini untuk bantuan.
Talian khas atau talian khidmat pelanggan
1. Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) – talian 997 (8.00 pagi – 8.00 malam, setiap hari).
2. Talian khidmat pelanggan 24 jam bank – layari pautan INI untuk dapatkan senarai bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari portal rasmi Jangan Kena Scam.
Sumber: Jangan Kena Scam