Jika anda ingin membeli televisyen atau monitor baharu, anda pasti akan menjumpai paparan jenis MicroLED dan OLED. Untuk pengetahuan anda, teknologi MicroLED lebih banyak digunakan berbanding OLED.
Oleh itu, di sini adalah perbezaan MicroLED dan OLED serta membuat perbandingan antara kedua-duanya.
Apa itu OLED?
OLED bermaksud “Organic Light Emitting Diode” atau dalam bahasa Melayu “Diod Pemancar Cahaya Organik”. Teknologi ini menggunakan sebatian organik berasaskan karbon. Sebatian organik ini akan mengeluarkan cahaya apabila disambungkan dengan sumber kuasa.
Setiap piksel dalam paparan OLED merupakan sumber cahayanya sendiri. Kecerahan dan warnanya boleh dikawal sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan bahan organik. Sebatian ini cenderung menjadi lebih malap dari masa ke semasa.
Kandungan statik yang berterusan menyebabkan sub-piksel berwarna tertentu menjadi haus lebih banyak berbanding yang lain sekali gus menyebabkan skrin terbakar atau imej menjadi statik.
Walaupun pengeluar OLED seperti LG Display dan Samsung telah melakukan pelbagai kaedah untuk mencegah burn-in, namun masih mempunyai risiko sekiranya anda pengguna aktif.
Apa itu MicroLED?
MicroLED merupakan teknologi paparan yang lebih baharu yang turut menggunakan berjuta-juta sumber cahaya mikroskopik kecil. Setiap piksel memancarkan cahayanya sendiri secara bebas, ciri paparan yang terhasil sangat serupa dengan OLED.
Paling signifikan, teknologi ini tidak bergantung dengan bahan organik. Jadi, ia lebih tahan lama serta boleh mencapai tahap kecerahan lebih tinggi tanpa rasa takut akan degradasi. Namun, ada dakwaan juga yang mengatakan MicroLED bakal mengeluarkan paparan bersaiz telefon pintar.
Perbandingan antara MicroLED dan OLED
Dengan kawalan tahap piksel, MicroLED dan OLED kedua-duanya menawarkan tahap hitam yang sangat baik kerana ia boleh memadamkan bahagian skrin tertentu dengan mudah. Untuk perbandingan, kita akan bandingkan dari segi kecerahan dan warna, sudut tontonan, gamut warna dan kebolehpercayaan.
1. Kecerahan dan warna
Paparan OLED yang besar seperti yang digunakan dalam televisyen dan monitor sentiasa mempunyai masalah untuk menjadi sangat terang. Hal ini kerana, kecerahan yang lebih tinggi memerlukan lebih banyak kuasa yang perlu ditukarkan kepada haba.
Lama-kelamaan, haba ini akan mengakibatkan bahan organik berkurang sekali gus menjadikan paparan lebih malap. Jenama seperti LG dan Sony secara automatik mengehadkan tahap kecerahan serta tidak menolak panel mereka terlalu jauh.
Inilah puncanya mengapa teknologi paparan alternatif seperti mini-LED telah jauh ke hadapan dari segi tahap kecerahannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Memandangkan paparan MicroLED tidak mempunyai komponen organik, maka ia boleh pergi kepada tahap kecerahan yang lebih tinggi daripada OLED.
Tahap kecerahan yang boleh dicapai oleh paparan MicroLED adalah setinggi 5,000 nits. Angka itu menunjukkan tahap kecerahannya dua kali ganda daripada paparan OLED yang terbaik di pasaran.
2. Sudut Tontonan
Paparan OLED menawarkan sudut tontonan terbaik di pasaran. Peralihan warna atau kehilangan kecerahan yang berlaku sangat minimum sekiranya anda menonton sambil bergerak dari sisi ke sisi.
MicroLED mempunyai kelebihan yang sama bergantung kepada tiga subpiksel untuk mengeluarkan warna merah, hijau dan biru terang.
3. Gamut Warna
Industri filem telah mendesak untuk meluaskan penggunaan gamut warna. Walau bagaimanapun, kebanyakkan paparan tidak mempunyai keupayaan untuk mencapai liputan 100% terhadap ruang warna yang luas.
Panel QD-OLED terbaharu samsung telah hampir dengan liputan sehingga 90% tetapi paparan OLED konvensional masih berada pada sekitar 75%.
Paparan MicroLED berkemungkinan akan mengatasi prestasi panel OLED. Pengilang perlu bereksperimen dengan pelbagai jenis bahan bukan organik untuk mencari bahan yang boleh mengeluarkan warna tulen dan tepu.
Penyelidik telah menggunakan perovskite (mineral kalsium titanium oksida) dan titik kuantum sejak beberapa tahun lalu untuk mencapai liputan sehingga 95%. Walau bagaimanapun, ia masih dalam kajian.
4. Kebolehpercayaan
OLED telah lama wujud dalam industri paparan. Namun, telah lama wujud tidak bermakna mempunyai kualiti yang baik. Terdapat telefon pintar yang menggunakan paparan OLED menunjukkan tanda-tanda burn-in yang jelas dalam masa beberapa bulan.
Perkara tersebut boleh berlaku disebabkan memainkan kandungan statik berjam-jam secara berterusan selama berbulan-bulan. Ini merupakan kelemahan yang ketara pada OLED kerana anda tidak boleh menggunakannya secara kerap.
Berbeza dengan MicroLED, paparan tersebut tidak mengalami pengekalan imej atau burn-in seperti yang dialami pada OLED.
Kesimpulannya, MicroLED lebih relevan pada masa sekarang berbanding OLED kerana MicroLED mempunyai banyak kelebihan jika hendak dibandingkan dengan OLED.
{suggest}
Sumber: Android Authority