Seperti semua sedia maklum, dunia telah pun mengalami fenomena Ekuinoks pada 21 Mac 2022 lalu.
Pada hari tersebut, Bumi akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Selain itu ia juga menandakan permulaan bagi musim bunga dan musim gugur.
Tetapi fenomena itu turut menjadi lebih istimewa kepada penduduk yang berada di dalam negara-negara khatulistiwa khususnya kerana mereka akan mengalami peristiwa yang dikenali sebagai “hari tanpa bayang”.

Malaysia adalah antara negara yang berada hampir dengan garisan khatulistiwa sekaligus turut mengalami peristiwa tersebut.
Cuma Malaysia alami peristiwa ini berlaku sedikit lewat iaitu selepas ekuinoks berbanding negara-negara lain seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador..
Berdasarkan data yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), untuk tahun ini Malaysia mula alami perisitiwa “hari tanpa bayang” ini bermula dari 23 Mac 2022 iaitu di Betong, Sarawak tepat jam 12.41 tengahari.
Sebahagian penduduk di Malaysia sudah pun alami perisitiwa tersebut.
Jadi di sini dikongsikan baki jadual tengahari peristiwa “hari tanpa bayang” untuk semua bandar dan bandaraya di Malaysia sepertimana yang dinyatakan oleh MOSTI yang dijangka akan berakhir pada 7 April 2022 nanti.
Sumber: Facebook MOSTI