Sudah siap siaga untuk membeli iPhone 15?
Siri iPhone terbaru keluaran Apple itu sudah mula boleh di pra-tempah bermula 22 September dan akan mula ada di Malaysia pada 29 September. Jika dilihat di pasaran Malaysia, rata-rata pekedai sudah mula menguar-uarkan promosi mereka untuk siri terbaru itu. Antara pekedai yang memang tersohor dengan barangan Apple sudah tentu Machines.
Jika dilihat pada laman iPhone 15 di Machines, kita boleh rasa mereka cukup bersedia kali ini dengan pelbagai promosi yang boleh dikatakan agak lengkap untuk pasaran Malaysia. Jadi, di sini kami simpulkan apa yang anda akan dapat jika menempah siri iPhone 15 di Machines.
Baucar
Di machines, baucar ada dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Bank Offer, Buy Now Pay Later, dan Trade In Trade Up.
Bank Offer
Buy Now Pay Later
Trade In, Trade Up
Mata Ganjaran
Selain tawaran baucar di atas, penempah juga boleh mendapatkan mata ganjaran. Bagi yang belum ahli Machines+, anda boleh dapatkan 5,000 mata jika anda membuat pendaftaran baharu manakala bagi pembelian siri iPhone 15, ahli Machines+ akan menerima 3x mata ganjaran bagi ahli Elite dan 2x bagi ahli biasa.
Promosi Aksesori
Selain dari baucar dan mata ganjaran, ada juga promosi potongan harga bagi aksesori, namun kebanyakannya terhad kepada 100 penempah pertama.
Cara pembayaran tempahan awal
Bagi pembayaran pula, ada tiga cara, iaitu:
- Pembayaran Penuh
- Deposit RM300
- Pembayaran melalui pelan Maxis (juga memerlukan deposit RM300).
Untuk maklumat lanjut, layari : Machines