Bersempena dengan ulang tahun jualan akhir tahun OPPO Malaysia yang ke-10, pihak mereka telah menyediakan beberapa tawaran dan hadiah untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia bermula dari 11 Disember 2023 hingga 2 Januari 2024.
Jualan Kilat
Sepanjang tempoh yang diberikan, OPPO Malaysia akan memberi diskaun harga RM100 untuk peranti OPPO A79 yang terhad kepada 1000 unit sahaja di setiap cawangan OPPO yang mengambil bahagian. Manakala, siri Reno 10 akan diberikan diskaun sebanyak RM200 dengan kuantiti yang tidak terhad.
Diskaun RM50
Selain itu, harga bagi peranti OPPO A58 dan OPPO A38 juga akan diturunkan yang mana masing-masing berharga RM649 dan RM549.
Cabutan Bertuah
OPPO Malaysia juga akan mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1 juta bagi sesiapa yang membeli mana-mana telefon pintar jenama OPPO sepanjang tempoh jualan akhir tahun ini.
Acara cabutan bertuah ini hanya akan diadakan di aplikasi My OPPO dan anda boleh mengakses peraduan ini dengan tekan butang “Cabutan Bertuah” di bahagian “Aktiviti” yang tersedia di halaman utama aplikasi tersebut.
Tambahan lagi, bagi anda yang membeli peranti OPPO pada harga RM1000 dan ke atas, anda akan mendapat satu penyertaan tambahan bagi acara cabutan bertuah ini.
Antara hadiah yang disediakan adalah seperti di bawah:
{suggest}
- Beli peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/clk1lcm
- Beli peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/clk1lcu
Sumber: Siaran Media OPPO