Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Cara Mengemas Kini Google Play Service Di Dalam Peranti Android

Posted on Oktober 28, 2022Oktober 28, 2022

Jika berlaku isu aplikasi Google tergendala atau gagal berfungsi seperti biasanya, ia mungkin ada kaitan dengan Google Play Service. Jadi untuk mengatasi isu ini adalah dengan mengemas kini Google Play Service.

Kebiasaannya, Google Play Service akan dikemas kini secara automatik.

Tetapi anda boleh menyemaknya dan melakukan kemas kini dengan sendiri bagi memastikan Google Play Service menerima kemas kini terbaru dari Google.

Berikut adalah cara menyemak dan mengemas kini Google Play Service dari telefon pintar Android anda:-

1. Buka Settings dan pilih Apps

2. Di dalam Apps, buat carian Google Play Service

3.  Di dalam App info Google Play Service itu, tap pada App details in store di mana ia akan membawa anda ke Google Play Store.

4. Di dalam Google Play Store, anda akan dapat melihat butang Update pada Google Play Service sekiranya ia belum dikemas kini. Tekan butang Update untuk kemas kini Google Play Service.

Google Play Service merupakan komponen teras dalam telefon pintar Android yang bertindak sebagai perantara kepada sistem operasi Android dan aplikasi-aplikasi yang menggunakan ciri pengesahan Google, perkhidmatan awan, Game Dashboard dan lain-lain.

Google menyatakan, aplikasi dalam peranti Android mungkin akan gagal berfungsi sekiranya anda nyah pasang Google Play Service dari peranti anda.

Jadi adalah penting untuk anda pastikan ia sentiasa menerima kemas kini terbaru dalam peranti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress