Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara pasang dashcam

Ini Cara Pasang ‘Dashcam’ Dengan Betul

Posted on Disember 2, 2022Disember 3, 2022

CyberSecurity Malaysia telah melancarkan garis panduan berkenaan kamera papan pemuka (dashcam) di Persidangan Pakar Kenderaan Moden (MOVE) 2022.

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan umum bagi memberi bimbingan umum tentang cara pemasangan kamera papan pemuka yang ideal.

{snap}

Pertama – Sahkan unit

Sahkan bahawa unit yang anda terima ialah sama dengan apa yang dihuraikan dalam buku manual/panduan.

Senarai dashcam 5 bintang MIROS

{snap}

Kedua – Kedudukan terbaik

Kedudukan terbaik pasang dashcam ialah di tengah-tengah cermin kereta, bahagaian atas, satu pertiga dari bahagian atas. Hal ini supaya peletakan itu tidak mengganggu pandangan pemandu.

Senang cerita, sekitar kawasan cermin pandang belakang. Ini sememangnya posisi lazim dashcam.

Senarai dashcam 5 bintang MIROS

{snap}

Ketiga – Laras sudut

Sudut disarankan ialah 95° menghadap ke hadapan. Anda boleh ubah/laraskan mengikut sudut pandang mengikut yang anda rasakan sesuai.

Senarai dashcam 5 bintang MIROS

{snap}

Keempat – Kamera belakang

Untuk pasang dashcam belakang pula, kedudukan terbaiknya juga di bahagian atas, tengahtas pada cermin belakang. Sambungkan pada unit utama untuk bolehkan rakaman.

Senarai dashcam 5 bintang MIROS

{snap}

Kelima – Punca kuasa

Anda disarankan untuk guna soket USB tersedia atau pencucuh rokok 12V sebagai punca kuasa dashcam.

Namun, jika ia hadir dengan kit hardwire, sambungkannya pada kotak fius kereta.

Diingatkan, anda perlu gunakan perkhidmatan profesional untuk pasang kit hardware ini agar ia tidak merosakkan sistem kereta.

Senarai dashcam 5 bintang MIROS

{snap}

Keenam – Cop masa

What You Need to Know About Dashboard Cameras - YouTube

Hidupkan cop masa atau timestamp. Laraskannya pada waktu Malaysia melalui dashcam sendiri atau aplikasinya.

Anda juga boleh semak waktu rasmi Malaysia di laman web SIRIM iaitu di https://mst.sirim.my.

Untuk makluman, MIROS telah keluarkan senarai kamera papan pemuka terbaik dengan taraf 5 bintang mengikut penilaian mereka. Klik SINI untuk ketahuinya.

Sumber: MyCert

Gambar utama: Xingye Jiang

Senarai dashcam 5 bintang MIROS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress