Sudah kedengaran beberapa siri khabar angin mengenai Samsung Galaxy S9 dan “abangnya” S9+, dengan ura-ura terbaru memperlihatkan beberapa spesifikasi yang mungkin melengkapi model-model terbabit.
Turut tertiris adalah imej membayangkan rupa bentuk Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang dikhabarkan pelancarannya awal 2018 nanti. Ia adalah rekaan semula oleh OnLeaks juga dikenali sebagai Steve H berdasarkan skematik yang diterima dari sumber yang tidak dinamakan.
Spesifikasi dibawah dikatakan bakal hadir pada Samsung Galaxy S9 dan S9+ tetapi sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Samsung, ia kekal sebagai khabar angin.
Samsung Galaxy S9
- Skrin paparan 5.65 inci QHD+ Super AMOLED
- Snapdragon 845 / Exynos 9810
- RAM 4GB / 6GB
- Ruang memori 64GB dan 128GB
- Slot kad MikroSD sehingga 256GB
- Sokongan Bluetooth LE, NFC, USB-C, Cat 18 LTE
- Kamera 12MP f/2.4 dengan 2X zoom optikal
- Kamera swafoto 8MP f/1.7
- Sensor: pengimbas mata, 3D, pengimbas cap jari, accelerometer, gyro, proximity, kompass, barometer, kadar degupan jantung, Sp02
- Bateri 3100 mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 2.0
- Aksesori lain: Samsung DeX, ANT+ Bixby, speaker AKG
Samsung Galaxy S9 Plus
- Skrin paparan 6.2 inci QHD+ Super AMOLED
- Snapdragon 845 / Exynos 9810
- RAM 4GB / 6GB
- Ruang memori 64GB dan 128GB
- Kamera 12MP f/1.7 dengan 2X zoom optikal
- Kamera swafoto 8MP f/1.7
- Sensor: pengimbas mata, 3D, pengimbas cap jari, accelerometer, gyro, proximity, kompass, barometer, kadar degupan jantung, Sp02
- Bateri 3600 mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 2.0 atau lebih tinggi
- Aksesori lain: Samsung DeX, ANT+ Bixby, speaker AKG
Kedua-dua peranti ini diramal akan membuat kemunculan pada MWC 2018 yang akan berlangsung di Sepanyol pada penghujung Februari 2018.
Samsung Galaxy S9
Samsung Galaxy S9+
Sumber: Slash Gear