Berdasarkan waktu pelancaran siri Google Pixel 7 pada tahun lepas, kita dalam 3 bulan lagi sebelum pelancaran siri Google Pixel 8.
Kini, pemberi maklumat terkenal,Yogesh Brar telah mendedahkan apa yang beliau dakwa sebagai spesifikasi Google Pixel 8 Pro.
Google Pixel 8 Pro
– 6.7" QHD+ LTPO OLED, 120Hz
– Google Tensor G3 + Titan chip
– 12GB RAM
– 128/256GB storage
– Camera: 50MP (OIS) + 64MP UW + 48MP (Tele)
– Selfie: 11MP
– Temperature sensor, Ultrasonic FP
– Android 14
– 4,950mAh battery, 27W wired chargingLaunch: October
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) July 17, 2023
Peranti itu didakwa guna skrin LTPO OLED 6.7″ beresolusi QHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Selain itu, Google 8 Pro dikuasakan cip Tensor G3 dengan sekuriti Titan.
Pengguna akan dapat sebuah peranti dalam konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB.

Google Pixel 8 Pro mempunyai tetapan 3 kamera – 50M utama dengan OIS, 64MP ultra-lebar, 48MP telefoto dan 11MP swafoto.
Di samping itu, peranti ini mempunyai kapasiti bateri 4,950mAh dengan pengecasan pantas 27W dan menggunakan Android 14.
{suggest}
Anda boleh menjangkakan kehadiran siri Google Pixel 8 pada bulan Oktober ini.
Sumber: Yogesh Brar