Baru-baru ini, “Micro-Star International” atau MSI yang merupakan jenama terkemuka dalam bidang teknologi permainan dan pengkomputeran telah disenaraikan dalam salah satu Penerima Anugerah Inovasi CES 2024.
Program Anugerah CES dikenali sebagai pertandingan tahunan yang diadakan oleh Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) bagi menghargai reka bentuk dan tahap kejuruteraan sesuatu teknologi dalam 29 kategori produk teknologi bagi pengguna.
Berdasarkan laporan, anugerah yang dibawa pulang oleh MSI berjumlah sebanyak enam anugerah secara keseluruhannya. Namun, hanya empat sahaja yang baru diumumkan dan selebihnya akan menyusul pada bulan Januari tahun 2024.
Antara produk MSI yang tersenarai setakat ini adalah:-
MEG Z790 ACE MAX
Anugerah di bawah kategori “Perkakasan dan Komponen Komputer“.
MAG CORELIQUID E Series
Anugerah di bawah “Perkakasan dan Komponen Komputer“.
MPG 491CQP QD-OLED
Anugerah di bawah kategori “Permainan dan eSports” dan “Peranti dan Aksesori Komputer“.
Bagi anda yang berminat dengan dua lagi anugerah MSI yang akan diumumkan kelak, sila layari laman web rasmi CES. Kemuncak acara ini akan berlansung di Las Vegas, Nevada pada 9 hingga 12 Januari 2024.
{suggest}
Sumber: Siaran Media MSI