Pengumuman untuk para pencipta kandungan di laman web YouTube. Berdasarkan pemberitahuan terbaru daripada YouTube Creators, anda kini boleh jeda penerimaan komen untuk video mahupun strim lansung anda.
Ciri ini dilaksanakan atas sebab untuk menghalang kemasukan komen daripada penonton bagi memberi laluan kepada pencipta kandungan menyemak komen yang telah lama tersedia dan terbiar.
Gambar di atas memaparkan ciri “Pause” dan tetapan baharu untuk butang “On” bagi kegunaan penyederhanaan komen seperti:-
- “None” untuk tidak menyekat sebarang komen sebelum video diterbitkan
- “Basic” untuk menyekat komen yang merepek
- “Strict” untuk menyekat komen yang merepek dengan lebih meluas
- “Hold All” untuk menyekat langsung penerimaan komen
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat kepada pencipta dan pengurus kandungan saluran-saluran YouTube, mereka berpuas hati kerana ciri ini dapat memberi mereka masa yang fleksibel untuk memerhati dan mengurus komen-komen di kandungan mereka.
{suggest}
Sumber: YouTube CreatorsÂ